Maki Hamun, Mahu Roboh Masjid Di Pulau Pinang Gara-Gara Marah Pada Azan

ALOR SETAR - Dianggap menghina Islam dan laungan azan, satu laporan polis telah dibuat terhadap sepucuk surat kontroversi yang dipercayai telah ditulis seorang lelaki berbangsa Cina yang memprotes mahu merobohkan sebuah masjid di Pulau Pinang.

Laporan polis berkenaan telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim, di Balai Polis Jalan Patani, yang meminta supaya pihak polis menyiasat kes yang dianggap mampu mencetus kemarahan umat Islam di negeri itu.

Menurut sumber, surat berkenaan dikatakan telah dihantar ke sebuah masjid di Tanjong Tokong dan kandungannya berisi maki hamun dan rasa tidak puas hati dengan azan yang dikatakan mengganggu tidurnya setiap hari.

Malah penulis surat itu yang hanya dikenali sebagai Ivan Goh Lee memaki hamun dan mengugut akan menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan mencadangkan supaya masjid tersebut dirobohkan kerana mengganggu kehidupan masyarakat di situ.

Berikut adalah kandungan surat berkenaan yang sedang viral tersebar di laman-laman sosial: - Kedahnews.com

Dear Masjid Person In Charge,
I am the residence of …. Tanjung Bunga, to ask you lower down your masjid speaker.

I hate Mosque speaker too louder when they are giving the Azaan disturb people. You are giving at very high level creating F*****g Pig noise pollution to Tanjung Tokong air. F*****g Islam creating F******g PIG Noise!

I’m no scare you will threaten me, even you call more 100 people to strike at my house because Malaysia has laws if I make any complains to the Masjid Speaker sound.

So i request you to take some action lower Azaan sound when pray. Please don’t disturb people when in sleepy time or other activities. I will write complaint to MBPP in order to suggest destroy your mosque because illegal disturb people and breach the Malaysia Law.

your faithfully,
IVAN GOH LEE En Tatt