GERTRUDE Weaver meninggal dunia pada usia 116 tahun di sebuah rumah orang tua di Arkansas, kata pegawai hari ini. - Foto AP |
AUSTIN, Texas – Manusia tertua di dunia, Gertrude Weaver meninggal
dunia pada usia 116 tahun di sebuah rumah orang tua di Arkansas, kata
pegawai hari ini.
Weaver berkata, rahsia untuk hidup lama ialah melayan orang dengan
baik, beroleh tumpuan dunia buat seketika apabila diumumkan manusia
tertua di dunia.
Pentadbir Pusat Kesihatan dan Pemulihan Silver Oaks di Camden,
Arkansas, Kathy Langley berkata, mendiang gembira membaca berita di
akhbar yang melaporkan dirinya adalah manusia tertua di dunia.
“Dia memang gembira membaca berita itu. Kami semua sedih atas pemergian beliau,” kata Langley.
Kumpulan Penyelidik Gerontologi berkata, Weaver dilahirkan pada 4 Julai 1898 dan disahkan manusia tertua di dunia.
Katanya, hanya ada tiga orang di bumi ini yang dilahirkan sebelum 1900.
Weaver dilahirkan di Arkansas dekat sempadan Texas dan bekerja sebagai pembantu rumah.
Kini manusia tertua di dunia ialah Jeralean Talley, yang dilahirkan
pada 23 Mei 1899 dan akan berusia 116 tahun bulan depan. – Reuters