Ahmad Fitri yang mempunyai anak OKU mengharapkan bantuan bagi membiayai pemasangan bekalan elektrik dan air di rumahnya. |
POKOK SENA - Sepasang suami isteri dari Kampung Bukit, Mukim Telaga Mas
di sini, merayu pihak berkenaan untuk membantu membekalkan elektrik dan
air ke kediaman mereka.
Pasangan, Ahmad Fitri Mohd, 38, dan Zuraidah Bakar, 36, hanya bergantung bekalan elektrik dari rumah saudara terdekat dengan menyambung kabel dari kediaman itu.
Ahmad Fitri berkata, dia tidak mampu membuat pendawaian elektrik ke rumahnya akibat kekangan wang yang dihadapi.
Menurutnya, pendapatan sebanyak RM900 sebagai penyembelih ayam di pasar Bukit Pinang hanya cukup untuk menanggung isteri dan tiga anaknya yang masih bersekolah.
“Saya difahamkan kos memasang elektrik dan air adalah kira-kira RM3,000, tambahan lagi seorang anak saya, Zulaikha, 12, menghidapi komplikasi saraf yang membuatkannya terlantar di atas katil.
“Isteri saya tidak bekerja kerana perlu menjaga anak yang sakit dan walaupun anak saya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, ia hanya cukup untuk lampin pakai buangnya sahaja,” katanya.
Ahmad Fitri berkata, bekalan elektrik sangat penting kepada Zulaikha kerana tanpa kipas, dia akan menangis dan meronta akibat kepanasan.
Jelasnya, Zulaikha sering diserang sawan, kancing gigi dan demam hingga memerlukannya menjalani rawatan di hospital.
"Disebabkan kediaman kami berbumbung zink, bahang panas sangat dirasai ketika tengah hari menyebabkan saya berikhtiar mendapatkan bekalan elektrik dari rumah saudara bagi memasang kipas supaya Zulaikha tidak berasa panas," katanya
Ahmad Fitri berkata, atas desakan saudaranya, dia mahu memasang sendiri bekalan elektrik dan air.
Katanya, bantuan daripada pihak berkenaan amat diperlukan untuk mendapatkan kemudahan asas itu.
“Saya berharap sangat ada pihak dapat membantu dalam hal ini, jika saya mampu tentu saya sudah menyediakannya tetapi pendapatan saya yang terhad menyebabkan kami sekeluarga tidak dapat melakukannya secepat mungkin,” katanya. -Sinar Harian