Gambar Hiasan |
PUTRAJAYA - Dua daripada tiga rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dengan kumpulan militan IS dan dikesan kembali ke negara ini baru-baru ini telah ditahan polis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kedua-dua individu berkenaan yang dipercayai balik dari Syria ditahan pada 5 April lalu dan kini sedang disiasat.
Katanya polis juga sedang giat mengesan seorang lagi yang masih bebas dan percaya tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.
"Pihak polis sedang mengesan seorang lagi yang masih bebas dan saya cukup yakin oleh kerana polis tahu siapa dia, perhubungan dia, keluarga dia, kawan-kawan dia, daripada sudut itu polis akan tahu jejak langkahnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2014 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata, pindaan Rang Undang-Undang Akta Pertahanan Awam 1951 atau Akta 221 dijangka dibentang di Parlimen pada persidangan Mei depan atau selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Katanya pindaan itu penting untuk menambah baik JPAM selain menyelaraskan undang-undang sedia ada dengan negara lain khususnya dalam pengurusan bencana.
Pada majlis itu, seramai 97 anggota JPAM menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dan menerima sijil penghargaan di samping Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM1,000. - Bernama