Maxis Turun Harga Pelan Tablet 50% Mulai 1 Mei

KUALA LUMPUR – Maxis akan mengurangkan harga Sim pek Pelan Tablet Hotlink mulai 1 Mei, 2015 sebanyak 50 peratus.

Dalam kenyataan hari ini, Maxis berkata pengurangan tersebut membolehkan pelanggannya menikmati rangkaian evolusi jangka panjang generasi ke-4 dengan lebih cepat dan luas.

“Harga bagi pelan prabayar tablet itu dikurangkan daripada RM60 kepada RM30 dengan data 1GB percuma dan tempoh sah selama 365 hari.

“Pengurangan harga itu termasuk pilihan tambah nilai 1GB pada RM25 daripada harga semasa RM30 dan sah selama 60 hari.

“Kami turut memperkenalkan tambah nilai data 2GB pada RM45 dan sah selama 365 hari,” katanya.

Ketua Perniagaan Pengguna, Dushyan Vaithiyanathan, berkata pelanggan sedia ada akan terus menikmati pengurangan kadar tersebut manakala pelanggan baharu hanya perlu membeli pek SIM yang direka khas di Maxis Centre atau peniaga Hotlink.

Maklumat lanjut, boleh melayari www.hotlink.com.my/en/plans/hotlink-tablet-plan.html. – BERNAMA