DIANA (kiri), Harry, Kate dan William (gambar atas) dan muka depan majalah Globe. |
Los Angeles – Sebuah majalah Amerika Syarikat membuat laporan
mengejutkan apabila mendakwa Putera Charles dan Diana mempunyai anak
rahsia dan Kate Middleton mengadakan pertemuan dengannya ketika melawat
New York tidak lama dulu.
Anak pempuan berkenaan dikatakan bernama Sarah dan kini berusia 33
tahun. Dia didakwa lahir menerusi ibu tumpang sebelum Diana melahirkan
William dan Harry.
Majalah itu melaporkan, Sarah kini tinggal bersembunyi di New England
kerana bimbang mengenai keselamatannya berikutan kematian Diana dalam
kemalangan kereta di Paris pada 1997.
Menurut majalah itu, dia menemui isteri William, Kate, dalam satu pertemuan sulit ketika Kate dan William mengunjungi New York.
Majalah Globe mendakwa Sarah dilahirkan selepas Diana menjalani ujian
ginekologi pada usia 19 tahun sebelum berkahwin dengan Charles.
Dalam laporan pelik itu, majalah berkenaan juga mendakwa, ketika
pemeriksaan dijalankan, telur diambil dan kemudian disatukan dengan
sperma Charles sebelum disimpan.
Seorang doktor dikatakan mengambil satu daripadanya dan memindahkannya kepada isterinya.
Laporan itu menarik perhatian media dunia.
Namun, ini bukan kali pertama majalah Amerika Syarikat menyiarkan cerita liar mengenai kerabat diraja Britain.
Ada yang melaporkan tahun lalu bahawa Kate dan William sudah mempunyai anak kedua.
Pada 2012, majalah Globe dikecam kerana menyiarkan di muka depan
mendakwa Ratu Elizabeth nazak dan isteri baru Charles, Camilla merancang
untuk mengambil alih takhta. – Agensi