Khutbah adalah syarat sah solat Jumaat dan perlu dilakukan dengan tertib selaras dengan adab khutbah.
Khatib pula hendaklah membaca khutbah yang disediakan Majlis Agama Islam Kedah kerana dapat mengelak khutbah disalah guna untuk tujuan politik pihak tertentu.
Namun apa yang diharapkan oleh jemaah amat mendukacitakan. Khatib sesuka hati membuat onar di atas mimbar.
Adakah patut khatib dalam khutbahnya menyebut cukai barang dan perkhidmatan (GST) zalim dan musibah yang menimpa bekas-bekas ketua polis negara adalah sebab mereka ini kononnya zalim?
Khatib sempat bertanya pula kepada jemaah dengan suara nyaring... betul tak? Dah macam ceramah politik.
Waktu khutbahnya meleret-leret menjangkau satu jam sehingga belakang saya yang sakit bertambah sakit. Sabar sahaja.
Khatib tersebut berbuat onar mungkin atas arahan parti politik yang diwakilinya. Khatib pula orang luar kariah. Imam pun buat pejam mata sahaja sebab satu parti barangkali?
Justeru, saya mohon Majlis Agama Islam Kedah memantau penyalahgunaan mimbar khutbah. Kalau boleh dakwa mereka ini di mahkamah syariah di bawah enakmen ajaran sesat.
Masjid yang saya dimaksudkan adalah di Sik, Kedah. Kejadian berlaku pada 10 April 2015.
Masjid ini dikenali sebagai masjid sebuah parti politik.
Mata Kepala
Majlis Agama Islam Kedah