Misi Huru-Hara Negara: 12 Individu Diberkas, Bahan Letupan Dirampas

ALOR SETAR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menggagalkan satu rancangan jahat untuk menghuru-harakan negara selepas menahan sekumpulan penjenayah dalam satu operasi, hari ini.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman makro Twitter beliau.

Menurut Khalid, 12 individu terbabit telah ditahan bersama sejumlah bahan letupan.

"Syabas E8 Caw Khas @PDRMsia hari ni b'jaya t'kap 12 org di Ulu Langat/KL yg rancang hurahara kan Negara. Bahan letupan dirampas. Go PDRM Go," tulisnya memberi semangat kepada anggota PDRM.

Dalam satu operasi yang diketuai polis cawangan khas itu, difahamkan bahawa tangkapan telah dilakukan di dua kawasan membabitkan Ulu Langat dan Kuala Lumpur. -Kedahnews.com