Siasatan nahas helikopter di Semenyih yang mengorbankan enam orang
termasuk Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis membuktikan
bahawa cuaca buruk bukan menjadi punca tragedi tersebut.
Menurut sumber, para menyiasat kini lebih menumpukan perhatian sama
ada ianya kesilapan mekanikal atau manusia yang menyebabkan
pesawat AS365N2 Dauphin terhempas.
Keputusan ini berdasarkan audio dari perakam suara kokpit helikopter
yang mendedahkan terdapat ‘suara meredakan’ dalam perbualan dalam
kalangan penumpang selama beberapa minit di akhir penerbangan.
Bagaimanapun, pihak penyiasat dilapor masih tidak menjumpai sebarang petanda ‘misteri’ dalam perbualan tersebut.
“Sebelum itu dalam penerbangan, juruterbang dan penumpang telah
didengar membincangkan tentang bunyi yang datang dari helikopter. Mereka
berkata mereka bimbang tentang isu mekanikal," kata sumber berkenaan.
Dalam pada itu, sumber mengesahkan bahawa Aidana Baizieva, 25,
terlibat melakukan operasi penerbangan bersama juruterbang Kapten
Clifford William Fournier Jr namun masih terlalu awal untuk membuat
kesimpulan mengenai penglibatannya dalam nahas tersebut.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai
menjelaskan analisis rakaman penerbangan masih dilakukan dan maklumat
akan didedahkan dalam laporan awal, bulan depan. -Mynewshub.cc