Nahas Helikopter: Gadis Tuntut Mayat Aidana Baizieva


ALOR SETAR - Seorang Gadis yang dikatakan ahli keluarga Aidana Baizieva, dilaporkan tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur bagi menuntut mayat wanita tersebut kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Gadis tersebut yang dipercayai adik Aidana itu turut mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat.

Turut hadir menemani gadis itu di bilik mayat ialah seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan.

Aidana merupakan pembantu juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, petang Sabtu lalu.

Seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan kini bekerja di Malaysia.

“Rekod menunjukkan dia berada di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun,” katanya memetik sumber.

Nahas tersebut mengorbankan kesemua enam penumpangnya termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit perdana menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan, Dato’ Tan Huat Seang, pengawal Jamaluddin, Razakan Seran dan juruterbang, Kapten Clifford William Fournier.