Insiden LIMA'15 memusnahkan rumah Zulkeflee |
KUALA LUMPUR – Insiden nahas pesawat ketika Pameran Udara dan Maritim
Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015 yang berlaku di Langkawi sudah hampir
sebulan dilaporkan berlaku, namun rumah mangsa yang terlibat dengan
insiden tersebut, masih belum siap.
Mendengar keluhan Zulkeflee Abu Mutalib, 46, bapa kepada enam orang anak ini mengakui tidak selesa dengan tempat tinggal yang didiami bersama keluarganya sekarang.
Zulkeflee berharap penganjur dapat mempercepat proses pembinaan kediaman asalnya seperti yang dijanjikan sebelum ini.
“Saya ke sini untuk bertemu sendiri penganjur dan saya sudah janji dengan anak-anak saya bahawa saya tidak akan balik dengan tangan kosong.
“Saya akan balik dengan satu keputusan. Memang sekarang kami tinggal di rumah sewa. Tetapi saya mahu rumah asal saya semula,” katanya kepada media, semalam.

Zulkeflee berkata, keluarganya tinggal di rumah berkenaan sejak 19 tahun lalu dan rumah tersebut dibina hasil duit simpanannya.
“Sejak saya tinggal di rumah itu, saya belanjakan simpanan untuk bina ruang tambahan dalam rumah itu, saya sayang rumah itu,” katanya.
Menurut Zulkeflee lagi, sebelum ini penganjur menjanjikan rumahnya akan siap dalam masa dua bulan.
"Dulu penganjur beritahu rumah itu akan siap dibina dalam masa dua bulan. Sekarang sudah hampir sebulan, masih tiada apa-apa berlaku, saya risau.
"Saya minta rumah disiapkan sebelum bulan puasa, paling tidak pun sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Kalau sekarang pun masih tidak ada apa-apa
berlaku, macam mana rumah itu akan disiapkan sebelum Hari Raya,”
katanya.
Kediaman Zulkeflee musnah sepenuhnya apabila salah sebuah pesawat Jupiter yang menjalani latihan aerobatik sempena dengan Lima’15 pada 15 Mac lalu mengalami kemalangan di udara sebelum merempuh rumahnya. -Sinar Harian