Sebahagian 13 warga Kemboja dikesan polis ketika sedang menunggu kedatangan ejen untuk dibawa pulang ke negara mereka secara haram |
BUKIT KAYU HITAM - Rancangan sekumpulan warganegara Kemboja pulang ke
negara asal mereka secara haram berakhir dengan kegagalan apabila
berjaya dihidu pihak polis dalam dua kes berasingan, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, kes pertama dikesan ketika rondaan pencegahan jenayah dilakukan di kawasan belakang Kedai Bebas Cukai, dekat sini kira-kira jam 9.30 pagi itu .
Menurutnya, seramai 13 warga Kemboja termasuk tiga wanita hamil turut dikesan sepasukan anggota polis tersebut ketika sedang menunggu wakil ejen untuk dibawa keluar dari negara ini secara haram.
“Kesemua mereka yang terdiri daripada sembilan wanita dan empat lelaki dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di belakang bangunan kedai bebas cukai di sini.
"Apabila disoal siasat pendatang asing tanpa izin (Pati) tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah.
“Siasatan awal mendapati Pati ini mahu pulang ke negara mereka melalui Thailand. Kebanyakan mereka tinggal dan bekerja di Malaysia sejak beberapa bulan lalu di sekitar Lembah Klang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Abd Rahim berkata, kesemua Pati dikatakan telah membayar sejumlah wang antara RM800 hingga RM900 setiap seorang kepada ejen untuk urusan balik ke kampung halaman bergantung kepada jarak yang ditetapkan.
Ketika ditahan katanya, mereka dipercayai sedang menunggu kedatangan ejen untuk dibawa keluar dari negara ini.
“Kita telah menahan kesemua mereka untuk tindakan lanjut, manakala Pati yang mengandung dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta imigresen 1959/1963 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” jelasnya.
Sementara itu, dalam kes berasingan kira-kira jam 12 tengah hari sepasukan anggota polis mengesan sebuah kereta jenis Nissan Sunny dalam keadaan mencurigakan dan segera bertindak membuat pemeriksaan.
"Pemeriksaan mendapati pemandu kereta tersebut adalah warga tempatan dan didapati membawa dua penumpang yang berada di tempat duduk belakang. Siasatan mendapati kedua-dua penumpang lelaki itu warga Kemboja.
"Siasatan lanjut mendapati pemandu kereta berusia 47 tahun itu bekerja sebagai 'penarik' dengan mengambil penumpang dari Bukit Kayu Hitam ke negara jiran melalui pintu sempadan negara.

"Pemandu ini menerima arahan
daripada seorang ejen untuk mengambil Pati tersebut untuk dibawa masuk ke Thailand," katanya.
Tambah Abd Rahim, warga Kemboja yang dipercayai adik-beradik berkenaan dikatakan membayar RM850 setiap seorang untuk dibawa masuk ke Danok melalui ejen tersebut.
Katanya, mereka tidak fasih berbahasa Melayu dan difahamkan telah tinggal di negara ini sejak tiga bulan lalu untuk bekerja.
“Kesemua mereka ditahan mengikut 26A Akta Anti Pemerdagangan Manusia 2007 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963 untuk tindakan lanjut,” katanya.