KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menggerakkan
operasi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Nepal,
berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di kawasan
Himalaya tengah hari semalam.
Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya memutuskan usaha membawa pulang rakyat Malaysia dengan menggunakan sebuah pesawat Hercules Tentera Udara Malaysia (TUDM) C-130 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu, yang dijadual berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang petang ini.
Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya memutuskan usaha membawa pulang rakyat Malaysia dengan menggunakan sebuah pesawat Hercules Tentera Udara Malaysia (TUDM) C-130 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu, yang dijadual berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang petang ini.
"Kami telah mendapat arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
pagi tadi ... yang menjadi keutamaan sekarang adalah untuk membawa
pulang kesemua rakyat Malaysia yang terkandas," katanya kepada Bernama
ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata antara pasukan yang akan menyertai misi itu ialah Smart
Team daripada MKN, Persatuan Bulan Sabit Merah dan beberapa anggota
Mercy Malaysia.
Mengenai jumlah rakyat Malaysia yang terkandas, Mohamed Thajudeen
berkata anggarannya masih belum dikenal pasti dan usaha menjejaki sedang
dilaksanakan bersama Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Nepal.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Mercy Malaysia Ahmad Faizal Mohamad
memberitahu Bernama, pihaknya telah bersiap sedia untuk membantu misi
itu dengan kekuatan kira-kira tujuh anggota termasuk lima doktor bagi
memberi perkhidmatan perubatan.
"Dalam misi pertama, kami akan menghantar petugas unit respons
kecemasan perubatan sebagai pasukan peninjau sebelum menghantar misi
kedua dan seterusnya yang akan terdiri daripada lebih 20 orang doktor,"
katanya.
Beliau berkata selain itu, pelbagai ubat-ubatan dan barangan logistik akan dibekalkan bagi menjayakan misi itu.
Media dan agensi berita antarabangsa melaporkan angka kematian kini
sudah melebihi 1,800 orang. Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter
melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dan bandar
Pokhara, pada 2.56 petang (waktu Malaysia) semalam.
Setakat semalam, semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan
Malaysia di Kathmandu dan Pejabat Suruhanjaya Tinggi di New Delhi,
dilaporkan selamat. - Bernama