Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba-tiba bermain emosi dengan "nostalgia lama" apabila mendakwa PKR akan berkubur sekiranya Datuk Seri Wan Azizah tewas mempertahan kerusi parlimen suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Permatang Pauh.
Kata Guan Eng, Permatang Pauh merupakan tapak mula karier Anwar sebagai ahli politik dan tewasnya Wan Azizah bakal menguburkan PKR di dunia politik negara, sekaligus menamatkan riwayat Pakatan Rakyat.
Di sebalik kenyataan Guan Eng itu, penulis tertanya-tanya, apakah Guan Eng tidak yakin Wan Azizah akan menang di PRK Permatang Pauh kali ini? Dengan kelebihan majoriti yang diraih menjangkau lebih 11,000 undi, nampaknya Guan Eng seolah ragu isteri Anwar akan menang.
Sekiranya Guan Eng yakin Wan Azizah akan menang, penulis yakin ungkapan "Wan Azizah tewas" di Permatang Pauh akan terbit dari mulutnya. Nampaknya macam ada yang tidak kena...
Pada penulis, Guan Eng tidak perlu bermain emosi. Tidak perlu "reverse psychology" dalam soal ini. Memang jelas Wan Azizah sebenarnya berkemungkinan besar kalah pada PRK di Permatang Pauh kali ini. Itu fakta.
Penulis berpandangan bahawa apa yang ungkapkan Guan Eng itu ada kena mengena dengan apa yang berlaku di sepanjang "demam" PRK di Permatang Pauh ini.
Mulanya, PKR lewat mengumumkan calon mereka. Selalunya, merekalah yang paling awal umum calon. Tapi khabarnya, "wahyu dari Sungai Buloh" mahu Wan Azizah bertanding, mahu tidak mahu maka terpaksalah diturutkan.
Biarpun seolah ketandusan calon dan terpaksa gunakan calon "recycle", nama Wan Azizah terpaksa dicalonkan mengikut "wahyu". Kita tahu PAS menyifatkan Wan Azizah sebagai pemimpin yang lemah. Malah secara rasionalnya, Wan Azizah dilihat hanyalah seorang boneka kepada Anwar, tidak lebih dari itu.
Kemudian, Pemuda PAS Pulau Pinang menegaskan mereka nekad boikot PRK Permatang Pauh, sekaligus menyaksikan semua jentera Pemuda PAS di negeri itu pegun tidak bergerak. Padahal, merekalah selama ini menjadi nadi jentera Pakatan Rakyat di peringkat akar umbi.
Malah, pelbagai isu yang menyerlahkan kelemahan-kelemahan Wan Azizah, keengganan akar umbi PAS untuk menyokong PKR dan keraguan Guan Eng sendiri memperlihatkan positifnya jangkaan Wan Azizah akan tewas.
Pada penulis, para pengundi tidak perlu lemahkan IQ masing-masing untuk memperbodohkan diri terpengaruh dengan permainan "nostalgia purbakala". Anwar hanya sejarah ngeri untuk diingati. Malah dia sangat memalukan untuk dikenang warga Permatang Pauh...
Penulis berpandangan bahawa rakyat di Permatang Pauh tidak perlu fikirkan "pengorbanan" Anwar. Sebetulnya, tiada pengorbanan yang perlu dikenang melainkan pembohongan dan kepalsuan yang dipamerkan penjenayah yang bertopengkan "Pak Syeikh" itu.
Cukuplah Anwar "kotorkan" Permatang Pauh selama ini. Jangan dibebankan isterinya yang sudah tua itu dengan tugas, amanah dan tanggungjawab yang berat di sini. Biarlah Kajang saja yang merana kerana Permatang Pauh sudah serik untuk sekian kalinya...