"Nur Edura Diyana, 24 Tahun, Jurusan Akaun", Betul Ke Zizan?

Zizan Razak is Abang Long Padil...
Dalam satu ruangan di akhbar mingguan hari ini, aktor dan pelawak popular, Zizan Razak dikhabarkan telah menghantar rombongan merisik terhadap teman sekampungnya di Terengganu.

Melalui ruangan Cik Pang dalam sisipan Selebriti akhbar Metro Ahad, penulis ruangan pojok berkenaan mendakwa rombongan tersebut telahpun ke rumah gadis tersebut pada hari Rabu minggu lalu.

Malah bukan itu sahaja, gerangan gadis tersebut turut didedahkan penulis berkenaan yang mengatakan namanya adalah Nur Edura Diyana Hisham.

Nur Edura Diyana dikatakan masih muda "trang-tang tang" berusia 24 tahun dan merupakan seorang penuntut jurusan perakaunan di sebuah institusi pengajian tinggi di sana.

Lebih mengejutkan lagi, Zizan turut didakwa telah menjalinkan hubungan bersama gadis tersebut semasa dia masih bercinta dengan Emma Maembong! Betul ke Zizan? Zizan oh Zizan..?

Sekiranya dakwaan Cik Pang itu benar, maka ia secara tidak langsung telah menafikan kenyataan Zizan sebelum ini yang mengatakan bahawa dia baru saja mengenali gadis tersebut sekitar tempoh dua bulan sebelum memutuskan untuk meneruskan ke fasa lebih serius.

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, Zizan masih berteka-teki tentang gerangan gadis tersebut kepada umum. 

Justeru itu, kita sama-sama tunggu sahajalah kenyataan dari hero lawak kegilaan ramai ini bagi menjawab isu ini.

Apapun, kita sama-sama doakan supaya Zizan tabah menghadapi kontroversi yang melanda dirinya sejak putus cinta dengan Emma Maembong... -Kedahnews.com