SUNGAI PETANI – Tujuh warga asing termasuk seorang wanita yang sedang
tekun bekerja terkejut apabila ditahan sepasukan anggota imigresen dalam
Ops Belanja dekat sebuah pasar raya terkemuka, di sini, dalam kejadian
4.45 petang semalam.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, kesemua mereka berusia antara 20 hingga 50 tahun sedang sibuk bekerja di pasar raya berkenaan ketika pemeriksaan dibuat.
Menurutnya, tangkapan melibatkan lima warganegara Nepal, seorang Pakistan dan seorang wanita dari Thailand atas pelbagai kesalahan.

“Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Azlan Ishak
bersama tujuh pegawai dari Jabatan Imigresen Kedah dan Pejabat Imigresen
Sungai Petani melakukan pemeriksaan ke atas 20 warga asing terdiri dari
pelbagai negara yang sedang bekerja di pasar raya tersebut,” katanya.
Menurutnya, tangkapan dibuat berdasarkan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah manakala selebihnya dipercayai melakukan kesalahan bawah Peraturan 39b Peraruran Imigresen 1963 iaitu salah guna pas.
Terdahulu, lima lelaki turut ditahan dalam Ops Minyak di sebuah kampung di Gurun, Kedah hari yang sama jam 12.20 tengah hari.
“Operasi bermula waktu tengah hari itu melibatkan 11 pegawai diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Tinggi, Aidil Safri Adnan.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati, empat lelaki dipercayai dari Bangladesh dan seorang dari Myammar melakukan pelbagai kesalahan,” katanya.
Antaranya, ketiadaan pas dan permit yang sah, tinggal lebih masa melebihi tempoh pas dan kesalahan salah guna pas.
Kes disiasat berdasarkan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/64 (pindaan 2001), Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan 39b Peraturan Imigresen 1963.

Pihaknya sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan kegiatan terbabit dapat dibanteras. -Sinar Harian