PANAS..! Tok Usin Ceroi Sahut Cabaran Mustafa Ali, Dedah Mat Sabu Dalang

Seorang penyokong PAS menyahut cabaran Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, untuk mendedahkan penglibatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sebelum ini dikatakan menjadi dalang di sebalik menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi sebagai Presiden PAS.

Dalam satu kenyataan balas terhadap Mustafa, pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai "Tok Usin Ceroii Original", meletakkan syarat supaya Mat Sabu menafikan terlebih dahulu dirinya adalah dalang gerakan tersebut.

"Dengan besar hati tok sahut cabaran tu kerana tok yakin dgn cara ini akan lebih ramai pengkhianat2 yg berstatus pimpinan pusat akan dpt tok dedahkan melalui kes ini.

"Baiklah....tok sahut cabaran tersebut dgn syarat Pas Pusat panggil Mat Sabu dan tanyakan beliau tentang rakaman audio tersebut samada benar atau palsu.

"Jika Mat Sabu menjawab bahasa rakaman audio itu palsu dan bersifat fitnah,maka tok akan pergi ke Pejabat Agung Pas bg memberi keterangan kes tersebut...tok cuma perlu dgr penafian drpd mulut Mat Sabu saja.

"Jika sekali Dato Mustafa Ali cabar tok,1000x tok cabar Dato Mustafa Ali dan Jawatankuasa disiplin," tegasnya dalam satu kenyataan balas terhadap Setiausaha Agung PAS itu.

Semalam, Mustafa mempelawa Tok Usin Ceroi untuk hadir ke ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut di ibu negara bagi membuat aduan atas pendedahan sebuah klip audio yang mendakwa Mat Sabu terlibat dalam gerakan menjatuhkan Abdul Hadi.


"Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa menunggu kedatangan Tuc Usin Ceroi ke Pejabat Agong PAS secepat mungkin," kata Mustafa dalam kenyataannya semalam.

Berikut adalah kenyataan penuh dari pemilik laman Facebook pro-PAS itu yang sebelum ini menggemparkan pentas politik PAS dengan pendedahan sebahagian dari rakaman audio yang dikatakan suara Mat Sabu dalam satu perbualan untuk menjatuhkan Abdul Hadi. -Kedahnews.com