Seorang warga emas, Othman Daud, yang merupakan antara pengundi tertua di Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh menyifatkan PKR sebagai sebuah parti yang huru-hara, porak peranda.
Sebaliknya, Othman yang bakal berusia 103 tahun pada 12 Disember ini menggesa seluruh pengundi di parlimen Permatang Pauh untuk memilih wakil rakyat dari parti lain yang tidak bersifat begitu.
"Parti yang tunggang terbalik tu?," pertikai Othman mengenai PKR bila ditanya mengenai parti yang mewakili parlimen berkenaan sebelum ini.
Bagaimanapun, warga emas yang cepat mesra itu memberitahu bahawa agak sukar untuk Barisan Nasional (BN) untuk mengalahkan legasi bekas ahli parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan keluarganya di sini.
Katanya, Anwar menguasai Permatang Pauh sejak beliau di dalam UMNO dan ada rakyat di parlimen itu sudah ditanam dengan sifat taksub terhadap legasinya itu.
Othman mendakwa momentum dari tempoh terlalu lama Anwar mewakili Permatang Pauh, rakyat di kawasan itu terbawa-bawa dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu walaupun dia kini mewakili PKR.
Ditanya mengenai sokongan Othman pada PRK kali ini, dia tanpa berselindung menunjuk jarinya pada gambar Suhaimi Sabudin, gambar calon BN yang terpamer di akhbar Sinar Harian, sebentar tadi.
Othman berkata, walau sukar untuk Suhaimi menang, namun dia percaya anak muda itu mampu membawa perubahan di Permatang Pauh, sekaligus memecah legasi Anwar dan keluarganya di sini. - Kedahnews.com