SUNGAI PETANI – Dana sebanyak RM3,000 diluluskan menerusi Bantuan
Bencana Alam Pejabat Zakat Kuala Muda kepada sepasang suami isteri yang
hidup menumpang di sebuah rumah terbengkalai dekat sini.
Pegawai Zakat Daerah, Ahmad Mustaqim Zainul Abidin berkata, pihaknya sudah pun meluluskan bantuan tersebut kepada pasangan warga emas itu namun peruntukan tersebut masih belum diserahkan ke tangan penerima.
Menurutnya, A Kasah Ahmad, 67, dan isteri, Komariah Yahya, 55, yang hidup menumpang di sebuah rumah terbengkalai dekat Kampung Sungai Pasir Kecil kini mendapat perhatian.
“Melihatkan keadaan rumah yang serba kekurangan, tambahan pula baru sahaja dilanda ribut sehingga menerbangkan bumbung rumah, kita bersedia menyumbang bantuan bencana sebanyak RM3,000 yang boleh dibelanjakan mengikut kesesuaian mereka,” katanya.
Ahmad Mustaqim berharap sumbangan itu dimanfaatkan sebaiknya bagi menampung kerosakan mahupun kegunaan lain memandangkan kedua-duanya tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.
Terdahulu, Sinar Harian 27 Februari lalu menyiarkan kisah sepasang suami isteri yang menumpang di sebuah rumah terbengkalai dalam kawasan kebun di Kampung Sungai Pasir Kecil berhadapan pelbagai masalah.
Ketika kunjungan dilakukan, kedua-duanya mengakui hidup dalam serba kekurangan kerana tiada bekalan air dan elektrik, selain itu, bumbung rumah mereka juga hilang dipercayai akibat ribut yang melanda kawasan itu beberapa hari sebelumnya.
Akibat keadaan itu, pasangan tersebut hanya berteduh di bahagian bawah yang hanya ditutup sedikit zink, namun masih terkena tempias sekiranya hujan.
Pasangan itu juga mengaku menetap di rumah tersebut yang sudah diubah suai dengan bahan kitar semula namun hanya menumpang atas tanah milik orang lain.
Komariah yang berdepan penglihatan kabur sejak setahun lalu pernah mendapat rawatan di hospital dan ditawarkan pembedahan membuang selaput, namun akibat kekangan kewangan, dia tidak lagi menjalani apa-apa rawatan.
Dia memberitahu, bekalan air untuk kegunaan kedua-duanya dipam menggunakan generator dari kolam takungan belakang rumah dan setiap malam, mereka hanya ditemani cahaya lilin yang menerangi rumah usang itu.
Akibat masalah penglihatan, Komariah juga pernah dipatuk ular berikutan tidak menyedari didatangi haiwan reptilia itu sehingga menyebabkan dia jatuh sakit dalam tempoh lama sebelum ini.