JITRA - Rata-rata orang ramai, dekat sini mengeluh sukar mendapatkan kad
tambah nilai telefon apabila peniaga di sekitar Kubang Pasu tidak
menjual isian prabayar tersebut dengan alasan kehabisan stok.
Walau bagaimanapun tinjauan Sinar Harian ke beberapa buah kedai telekomunikasi mendapati, alasan sebenar peniaga tidak menjual kad tambah nilai itu disebabkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Peniaga yang mahu dikenali sebagai Tan, 40-an berkata, dia mempunyai stok kad tambah nilai tersebut tetapi enggan menjualnya kerana terpaksa menanggung kerugian.
"Saya beli stok kad tambah nilai prabayar dengan harga yang dikenakan cukai, kemudian kami sebagai peruncit tidak dibenarkan menjual dengan mengenakan GST kepada orang ramai.
"Ini tidak adil. Untung jual kad tambah nilai ini sangat sedikit berbanding barangan lain. Lagipun kalau saya jual dengan harga GST, orang ramai akan buat aduan. Disebabkan risau didenda, baik tak jual dulu," katanya.
Menurutnya, penjualan kad tambah nilai akan dimulakan semula selepas kerajaan berbincang dengan syarikat telekomunikasi dan membuat keputusan muktamad.
Kakitangan swasta, Azril Adnan, 27, berkata, dia mengunjungi beberapa buah kedai untuk membeli kad tambah nilai di sekitar Jitra, namun tidak dijual.
Menurutnya, perkara itu berlaku sejak hari pertama GST dilaksanakan dan berlarutan sehingga semalam.
"Ada kedai yang menjualnya pada hari pertama GST dilaksanakan namun mengenakan caj sebanyak enam peratus, ia bercanggah dengan apa yang kerajaan umumkan.
"Hari ini (semalam), peniaga pula tak mahu jual sebab takut didenda. Ia menyusahkan orang ramai sebab kad tambah nilai ini menjadi keperluan kita," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, syarikat telekomunikasi akan tetap mengenakan caj enam peratus GST pada kad tambah nilai prabayar berkuat kuasa, kelmarin.
Bagaimanapun, pelanggan akan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar nilai melebihi cukai enam peratus.
Pengarah Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T Subromaniam berkata, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi, Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Sumber: Sinar Harian