Seorang lelaki dilaporkan telah memecah rekod dunia selepas berjaya menyelesaikan permainan kiub rubik dalam masa 5.25 saat sahaja.
Memang menakjubkan sebab permainan kiub rubik itu amat mengelirukan semua pemain yang mencubanya.
Menerusi rakaman video berdurasi lebih kurang satu minit itu, pergerakan
pantas dan cekap Collin Burns selesaikan kiub itu dalam masa yang
singkat mendapat tepukan gemuruh.
Ramai yang terkejut dan kagum dengan kebolehan dia mengatasi masa rekod yang ada.