Pelajar yang mendakwa dari sekolah tahfiz melakukan jualan amal di Bandar Perda, Bukit Mertajam. |
ALOR SETAR – Ibarat mencurah air ke daun keladi. Demikian dapat
digambarkan mengenai tindakan pengurusan sebuah sekolah tahfiz di sini
yang dipercayai masih menggunakan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan.
Biarpun notis pemberhentian operasi dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada Februari tahun lalu namun, sekolah terbabit dikesan masih menjalankan operasinya.
Kegiatan terbabit sekali lagi terbongkar apabila wartawan Sinar Harian terserempak dua pelajarnya di sebuah restoran dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Masing-masing yang berusia lingkungan belasan tahun pada mulanya mempromosikan produk jualan mereka kepada orang ramai di restoran terbabit.
Mereka kemudiannya menghampiri wartawan sambil memperkenalkan diri sebagai pelajar sekolah tahfiz berkenaan sebelum menawarkan produk kesihatan bernilai RM10.
Anak yatim piatu yang berasal dari Sik itu mengakui diarahkan seorang lelaki bergelar ‘ustaz’ untuk menjalankan perniagaan di kawasan itu.
“Ustaz yang bawa kami ke sini dengan van. Nanti petang ustaz tunggu tepi jalan dan bawa kami tidur di Kulim,” katanya kepada Sinar Harian.
Ketika sedang berbual bersama pelajar berkenaan, seorang lagi kenalannya tiba-tiba menghilangkan diri dipercayai menyedari kegiatan mereka sedang dirakam.
Bagaimanapun, pelajar lelaki itu memaklumkan ia merupakan kali pertama mereka melakukan jualan amal di kawasan terbabit.
Berikutan kejadian itu, tinjauan semula di sekolah berkenaan pada hari berikutnya mendapati ia masih beroperasi seperti biasa.
Pemerhatian kira-kira 30 minit mendapati beberapa kanak-kanak memakai baju kurung dan baju Melayu sedang bermain di pekarangan sekolah berkenaan.
Sementara sebahagian pelajar lain pula sedang mengikuti kelas pengajian seperti biasa mengikut waktu yang ditetapkan pihak pengurusan.
Terdahulu, tinjauan Sinar Harian pada Mei 2014 mendapati sekolah tahfiz itu masih beroperasi dengan bukti kedengaran dan pembacaan surah al-Fatihah oleh pelajar.
Perkara itu dapat dibuktikan lagi apabila seorang ustazah kelihatan sedang mengajar membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam kelas.
Dalam pada itu, Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan menunggu masa sesuai untuk melakukan serbuan ke sekolah tahfiz terbabit.
Menurutnya, keputusan untuk tidak membenarkan proses rayuan pendaftaran sekolah tahfiz itu juga adalah kekal.
Kebanyakan penduduk setempat ketika ditemui turut memaklumkan sudah mangli dengan perkara itu kerana tiada penguatkuasaan tegas diambil.
Sebelum ini, pengetua sekolah berkenaan juga pernah menafi mengarahkan pelajarnya melakukan aktiviti jualan amal.
Katanya, kegiatan terbabit dihentikan buat sementara waktu selepas sekolah berkenaan diarah menghentikan operasinya oleh Jaik berkuat kuasa serta-merta.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, sekolah berkenaan diarah menghentikan operasinya pada 2014 atas alasan menjalankan operasi sebagai Sekolah Islam tanpa pendaftaran mengikut Seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988.
Jaik juga pernah mengeluarkan notis sama pada 2007 yang mengarahkan supaya operasi terbabit dihentikan.
Keengganan mematuhi arahan itu adalah satu kesalahan yang boleh didakwa menurut Seksyen 2 Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988. -Sinar Harian