Perodua Turun Harga Kenderaan, Harga Alat Ganti Kekal Seperti Dulu

ALOR SETAR – Enggan ketinggalan kepada Proton, Toyota dan Lexus, Perodua turut menurunkan harga kenderaan keluaran syarikat itu antara 0.1 hingga 1.6 peratus bermula semalam berikutan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penurunan harga itu bergantung kepada model kereta Perodua.

“Perodua turut mengekalkan harga alat ganti walaupun berhadapan dengan impak GST,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Aminar juga memaklumkan bahawa Perodua sentiasa menyokong pengenalan cukai baharu tersebut dan sebarang manfaatnya kepada rakyat Malaysia selagi ia adil kepada semua pihak.

Beliau bagaimanapun mengakui pelaksanaan GST menyebabkan kenaikan kos dalam aspek tertentu perniagaan Perodua.

“Kami gembira kerana mampu menanggung kenaikan kos alat ganti dan memberi penjimatan kepada pelanggan,” katanya. -Kedahnews.com