KULIM - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK)
Sungai Ular mengambil inisiatif membina lorong khas pejalan kaki untuk
murid-murid sebagai langkah keselamatan.
Yang Dipertua PIBG, Mohd Zamri Hamid berkata, memandangkan keadaan sekolah pada waktu pagi dan petang sibuk dengan kenderaan guru keluar masuk, satu lorong pejalan kaki dibina sebagai langkah keselamatan.
Menurutnya, lorong pejalan kaki itu dibina melalui dana kutipan daripada ibu bapa dan sumbangan pihak prihatin.
“Projek ini sebenarnya sudah lama dirancang namun akibat kekurangan dana menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan seketika.
“Inisiatif pihak sekolah dan PIBG membina lorong pejalan kaki bagi murid-murid ini amat perlu untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini sekali gus mengancam nyawa,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, selain itu, bagi menjamin keselamatan, penutup longkang serta bulatan untuk memudahkan ibu bapa keluar dan masuk ketika menghantar serta mengambil anak mereka dibina melalui gotong-royong yang diadakan baru-baru ini.
“Masih ada longkang yang tidak ada penutup jadi kita bina penutup longkang bagi mengelakkan insiden jatuh longkang dan sebagainya,” katanya.
Projek Mega PIBG sekolah dan komuniti setempat itu diadakan selama dua hari dan melibatkan hampir 200 peserta untuk mewujudkan suasana sekolah yang ceria, selamat serta bersih. -Sinar Harian