Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah |
Laporan itu menyebut hasil daripada temubual audit dengan pegawai PKNK
dan lawatan audit pada 15 Oktober tahun lalu, premis yang telah dijual
itu juga masih belum beroperasi.
"Projek premis burung walit tidak mendapat sambutan disebabkan harga
pasaran sarang burung walit yang rendah dan syarat ketat dikenakan
kerajaan China kepada pengusaha burung walit bagi menjamin kualiti
eksport produk," menurut laporan itu.
Projek pembinaan tersebut bermula 2 Ogos 2011 siap sepenuhnya pada 2
November 2013 dengan dana pembiayaan RM3.35 juta, manakala setiap lot
premis dijual pada harga RM0.42 juta hingga RM0.43 juta.
Sementara itu maklum balas PKNK bertarikh 4 Januari lalu menyebut
antara langkah diambil bagi meningkatkan promosi jualan lot premis ialah
melalui iklan di laman web dan papan iklan.
Pihak PKNK turut berharap rundingan antara kerajaan Malaysia dan China
yang telah dilakukan dapat memberi harapan agar produk burung walit
dapat memasuki semula pasaran China.
Laporan turut menyatakan lawatan audit pada 13 Oktober tahun lalu dan 9
Januari 2015 mendapati tiga unit gerai makan di bawah Projek
Peningkatan Kemudahan Pelancongan di Gunung Jerai masih belum beroperasi
sepenuhnya disebabkan faktor pengunjung bermusim.
"PKNK telah bersetuju agar pengurusan sewaan kemudahan tersebut
diserahkan kepada The Regency Jerai Hill mulai bulan April 2014 dengan
kadar bayaran RM300 sebulan," menurut laporan itu.
Laporan Ketua Audit mencadangkan supaya pihak PKNK memantau penerimaan sewaan tersebut.
Laporan audit turut menyebut, pihak The Regency Jerai Hill memaklumkan
bahawa tawaran penyewaan telah dikeluarkan kepada penyewa.
Projek tersebut dibiayai oleh Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan
Malaysia dengan kos RM1.67 juta yang telah siap dibina pada 13 Mei 2013,
meliputi satu unit gerai cenderamata, tiga unit gerai makan, satu unit
tandas, laluan pejalan kaki, papan tanda dan tempat letak kenderaan. -
Bernama