Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad |
ALOR SETAR - Sayap PKR, Angkatan Muda Keadilan (AMK) terus menghasut orang ramai supaya membantah
pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan dengan
menyertai himpunan protes jalanan yang dirancang parti pembangkang itu.
Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa bahawa pengenalan GST merupakan
satu kesilapan besar oleh kerajaan memandangkan ekonomi negara kononnya
berada dalam keadaan sangat gawat.
“Tangkapan luar biasa terhadap aktivis, pengamal media dan pimpinan
Pakatan Rakyat adalah usaha mengalihkan perhatian rakyat daripada isu
GST,” dakwanya dalam satu kenyataan di ibu negara, semalam.
Nik Nazmi turut mendakwa bahawa kerangka GST negara yang mempunyai kadar sifar
dan pengecualian masih kabur di pandangannya dan kerajaan masih gagal memberi pemahaman
kepada syarikat, pekerja dan pengguna mengenai cukai tersebut.
Justeru, beliau menyeru rakyat di negara ini untuk turun beramai-ramai dan menyertainya membantah GST dengan slogan baru "Hari Pekerja Bantah GST", bersempena Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei ini di Kuala Lumpur.
Kenyataan Nik Nazmi itu adalah bercanggah dengan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang menegaskan bahawa ekonomi negara tumbuh lebih kukuh pada tahun ini berbanding tahun lalu dalam satu kenyatannya pada 12 Februari, baru-baru ini.
Malah Zeti menjelaskan bahawa ekonomi negara dijangka tumbuh stabil dengan permintaan domestik menjadi pemacu utama selain kadar inflasi yang diramal rendah. -Kedahnews.com