ALOR SETAR – Seorang lelaki yang dipercayai suspek utama dalam
kejadian serangan ‘molotov cocktail’ ke atas sebuah bank di sini semalam
telah ditahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata
suspek ditahan pada pukul 11 malam tadi dirumahnya di Taman Bersatu,
Batas Paip, Kuala Kedah.
“Lelaki itu akan direman hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut polis dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian pukul 4.05 petang itu, pelanggan di sebuah bank
menjadi gempar apabila seorang lelaki yang bermotosikal bertindak
melontar bom petrol pada bahagian depan bank itu yang menyebabkan
berlaku kerosakan kecil.
Saksi berkata suspek yang berusia dalam linkungan 30-an kemudiannya melarikan diri.
Suspek sebelum itu dilapor marah dengan pihak bank tersebut apabila diberitahu akaunnya telah ditutup.
Tindakannya melampar bom dirakam kamera litar tertutup di bank itu.
Kes disiasat kerana mendatangkan bencana dengan api. – BERNAMA