Porsche Bidas Dakwaan Penyebab Kematian Paul Walker

Syarikat automotif terkemuka dunia, Porsche, membidas dakwaan serta tuntutan mahkamah yang difailkan terhadap mereka.

Dalam dakwaan dan tuntutan itu mendakwa kenderan keluaran Porsche merupakan punca kematian Paul Walker dan rakannya Roger Rodas pada November 201.

Isteri Roger difahamka telah memfailkan tuntutan di mahkamah.

Namun syarikat kenderaan itu menegaskan bahawa segala kecederaan dan kerosakan yang dituntut adalah berpunca dari diri mendiang Roger sendiri.

Syarikat itu turut mendakwa kereta yang mereka miliki itu telah diubahsuai daripada rekaan asalnya dan tindakan itu merupakan salah satu punca kemalangan terjadi. -Kedahnews.com