Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun |
ALOR SETAR - Sebuah portal pro-UMNO, myKMU.net hari ini mendakwa Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun dan beberapa pemimpin sayap parti tersebut berkomplot menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut portal berkenaan, Khairul Azwan yang juga dikenali sebagai Azwan Bro mengetuai komplot berkenaan dan memulakan strategi propaganda menjatuhkan Najib dengan memulakan kempen di kalangan pemimpin Pemuda UMNO Johor.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz adalah antara nama yang didedahkan bersekongkol dengan agenda tersebut.
Lebih mengejutkan, Azwan Bro dikata telah menamakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai calon yang selayaknya menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri.
Selain itu, strategi Khairul Azwan memulakan kempen tersebut di kalangan Pemuda UMNO Johor ekoran persepsi majoriti Pemuda UMNO Johor akan menyokong gerakan ini kerana jika Najib berundur, umum berpendapat bahawa Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.
Sehingga artikel ini disiarkan belum ada sebarang penafian dari Naib Ketua Pemuda UMNO itu atau kenyataan balas berhubung dakwaan portal tersebut. -Kedahnews.com
Berikut adalah laporan penuh yang dipetik dari portal berkenaan:

ROMPIN - Kempen Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Rompin, Pahang berhadapan dengan “setback” apabila Pasukan Lima Sekawan Pemuda UMNO Malaysia lebih menumpukan usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berbanding menyusun jentera memenangi Pilihan Raya Kecil.
Azwan-bro-skanLima Sekawan ini diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun,
Dalam satu pertemuan dengan Pemuda UMNO Johor di Rompin semalam, Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro, telah menghasut Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Johor agar menentang kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Azwan yang sepatutnya membincangkan strategi kempen Pemuda di Rompin mengejutkan Pemuda UMNO Johor kerana hanya berminat membincangkan isu sokongan Pemuda kepada Perdana Menteri.
Menurut sumber, Azwan mengingatkan Pemuda Johor bahawa sokongan Pemuda UMNO Malaysia adalah kepada jawatan Presiden UMNO bukannya kepada Mohd Najib Tun Razak.
Beliau turut menyatakan tidak percaya dengan penjelasan Perdana Menteri semasa pertemuan Pemuda UMNO Malaysia minggu lalu dan percaya Mohd Najib hanya “buying time” menggunakan alasan menunggu Ketua Audit Negara.
Azwan juga beranggapan Mohd Najib harus ditumbangkan dan orang yang layak mengetuai penentangan terhadap Perdana Menteri ialah Ketua Pemuda UMNO sendiri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pandangan Azwan mendapat sokongan Ketua Pemuda UMNO Sri Gading, Simpang Renggam dan Pulai.
Boomerang
Azwan memulakan kempen menjatuhkan Mohd Najib kerana percaya beliau akan mendapat sokongan ramai Ketua Pemuda UMNO Bahagian memandangkan Johor negeri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.
Beliau percaya majoriti Pemuda UMNO Johor akan menyokong gerakan ini kerana jika Mohd Najib berundur umum berpendapat Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.
Namun persepsi beliau tidak benar apabila majoriti Ketua Pemuda UMNO bahagian di Johor telah mempertikaikan hasutan beliau ini
Antara yang paling lantang mempertikai pandangan Azwan ialah Ketua Pemuda UMNo Bahagian Segamat, Johor Baharu, Muar, Bakri, Mersing dan Gelang Patah. Ketua Pemuda Pengerang tidak hadir dalam perjumpaan terbabit.
Beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang hadir mempertikai tindakan Azwan yang bukan sahaja tidak menghormati suasana pilihan raya kecil tetapi juga bersikap bermuka-muka dengan Perdana Menteri.
Secara umumnya yang menyokong Mohd Najib menyatakan sekiranya Azwan tidak berpuas hati atau ada kemusykilan ia hendaklah bertanya kepada Perdana Menteri, bukannya turun ke bawah menyebarkan gosip politik yang tidak baik.
Tugas Pemuda UMNO sepatutnya menyampaikan amanat dan jawapan Presiden kepada akar umbi bukannya mewujudkan keraguan kepada akar umbi. Mereka juga mempertikaikan kenapa Azwan tidak membangkitkan persoalan yang beliau timbulkan semasa perjumpaan tersebut kepada Perdana Menteri pada minggu lalu.
“Saya melihat isunya bukan penjelasan Perdana Menteri tetapi lebih kepada perebutan untuk mendapat jawatan lebih tinggi dengan menjatuhkan Perdana Menteri,” kata seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang hadir dalam majlis terbabit.
Dipercayai kumpulan akan ke Permatang Pauh esok untuk melakukan agenda yang sama berselindung di sebalik perjumpaan untuk Pilihan raya kecil Permatang Pauh. -myKMU.net