#PRKPermatangPauh: "Jangankan Futsal, Gelanggang Sepak Takraw Pun Tak Dapat!"

PERMATANG PAUH - Anak-anak muda di Kampung Kubang Ulu bagaikan sudah serik dan enggan lagi terpedaya dengan janji-janji manis PKR yang disifatkan gagal merealisasikan hasrat mereka untuk mendapatkan sebuah gelanggang futsal di kampung mereka.

Menurut anak-anak muda yang kami temui di kampung berkenaan, mereka mahu perubahan berlaku di kampung mereka dan lebih memilih calon BN yang diyakini lebih memahami jiwa anak-anak muda di situ.

"Jangankan gelanggang futsal, gelanggang sepak takraw pun depa tak mampu buat untuk kami kat sini.

"Jadi, apa pembangunan yang kami dapat dari depa.. buat pejabat politik boleh, nak buat untuk rakyat yang bagi undi kat depa ni sampai sekarang takdak apa.

"Kami takmau dah bagi apa-apa kat depa kali ni," kata salah seorang anak muda berkenaan.

Begitulah kisah dari sumber yang Kedahnews.com temui di Penanti awal petang tadi berkenaan reaksi anak muda di kawasan berkenaan mengenai prestasi PKR di Parlimen Permatang Pauh.

Sumber yang terlibat dalam program Jalinan Rakyat menemui anak-anak muda di kawasan PDM Kubang Ulu baru-baru ini. -Kedahnews.com