Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman menegaskan kebanyakkan
penduduk di Permatang Pauh sudah menyatakan hasrat untuk menyokong calon
Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin menjadi Ahli Parlimen di sana
menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei ini.
Zainal Abdin mengakui pihaknya sudah menjalankan pemerhatian dibeberapa kawasan di sekitar Permatang Pauh dimana kebanyakkan penduduk meluahkan kekesalan terhadap calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang seolah-olah tidak berfungsi sebagai wakil rakyat sebelum ini.
Beliau berkata, penduduk di sana mula mengiktiraf Wan Azizah sebagai ‘wakil suami’ di Permatang Pauh selepas Anwar hilang kelayakkan sebagai Ahli Parlimen setelah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 10 Februari lalu.
Jelasnya lagi, kemampuan Wan Azizah turut dipertikaikan kerana beliau sudah membuktikan kegagalannya menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Undangan Negeri (Dun) Kajang ketika bencana banjir berlaku tahun lalu.
"Calon yang perlu dipilih adalah wakil yang boleh bersama dengan rakyat, berkhidmat untuk rakyat dan bantu rakyat sepenuh masa. Namun PKR menampilkan calon yang diragui kewibawaannya sama ada wakil rakyat atau wakil suami?
"Mampukah calon PKR memberi tumpuan kepada penduduk Permatang Pauh sedangkan dia juga Adun di Kajang,Selangor dan terpaksa menanggung beban dengan beberapa jawatan lain," katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid yang menggesa Wan Azizah melunaskan tanggungjawabnya sebagai Adun di Kajang terlebih dahulu kerana nasib penduduk di sana masih belum terbela.
Tegas Jahara lagi, kemampuan Wan Azizah pastinya akan terbatas jika beliau berjaya memenangi kerusi di Permatang Pauh dan ia pastinya mendatangkan kesan buruk terhadap kesemua penduduk di kedua-dua kawasan terbabit.
"Sebagai manusia kita mempunyai had keupayaan, masa dan tenaga.
"Beliau (Wan Azizah) terpaksa menguruskan dua kawasan yang berjauhan dan dari segi logik ia akan menghadkan keupayaannya. Kita tidak mahu seperti pepatah Melayu iaitu 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong kerciciran.
"Namun jika dia dipilih, sudah pasti akan membataskan fokus terhadap rakyat di Kajang untuk melaksanakan tugas dengan baik," kata Jahara. – UtaraNews.com