YAN – Penduduk yang terlibat dengan projek pembinaan jalan sambungan
dari Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Gurun ke Pulau Bunting, di
sini, mendakwa tanah mereka diceroboh kontraktor sebelum proses
pengambilan tanah selesai.
Perkara itu disahkan Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat pada pertemuan bersama penduduk di Sedaka, di sini, semalam.
Menurutnya, pencerobohan tanah adalah perkara serius dan pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera.
“Penduduk memaklumkan lebih lima tanah mereka diceroboh kontraktor berkenaan sebelum proses pengambilan tanah selesai.
“Saya difahamkan, kemasukan kontraktor ke kawasan itu adalah untuk membina sistem perparitan,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, tindakan itu secara tidak langsung menjejaskan pendapatan penduduk yang majoritinya sebagai petani padi.
“Proses pengambilan tanah belum selesai sebab penduduk tidak setuju nilaian harga tanah yang ditetapkan pihak berkenaan terlalu rendah, tetapi kontraktor masuk tanah mereka.
“Penduduk minta pihak berkenaan kaji semula nilaian itu supaya ia menepati nilaian semasa,” katanya.
Mohd Azam berkata, nilaian harga tanah yang ditetapkan berlaku jurang yang amat ketara meskipun tanah bersebelahan.
“Nilaian harga tanah ditetapkan pihak berkenaan adalah sekitar RM3.80 hingga RM4.80 sekaki persegi.
“Tetapi nilaian harga tanah oleh pihak penilaian yang dilantik penduduk pula adalah pada harga RM8 sekaki persegi,” katanya.
Menurutnya, perbezaan harga itu jelas menunjukkan ketidakadilan berlaku dalam proses nilaian terbabit.
“Penduduk mengharapkan pihak berkenaan dapat beri nilaian harga tanah yang setimpal sebab tanah itu bukan untuk dijual.
“Tetapi kerajaan yang mahu mengambilnya bagi memberi laluan kepada pembinaan projek dirancang. Maka pihak berkenaan perlu bayar kepada mereka mengikut nilaian semasa,” katanya.
Katanya, lebih 1,000 pemilik tanah menggesa supaya Exco Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain tidak bersikap lepas tangan dalam masalah ini.
“Sebelum ini beliau (Tajul) bersama ketua-ketua jabatan melakukan lawatan kerja di sekitar Yan dan Kuala Muda untuk melihat tapak terlibat.
“Penduduk minta jasa baik exco berkenaan supaya dapat turun padang sekali lagi bertemu penduduk dan berbincang mengenai masalah yang berbangkit,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Kerajaan Kedah akan membina jalan sambungan sepanjang 18.6 kilometer dari arah Gurun ke Pulau Bunting, di sini.
Projek itu untuk memajukan daerah Yan terutama Pulau Bunting sebagai Pelabuhan Kedah (Kedah Port).
Sebanyak 54.3 hektar tanah penduduk terlibat. Masing-masing dua rumah separuh batu, dua rumah kayu, enam rumah separuh kayu, empat rumah batu dan selebihnya ialah tempat cuci kereta serta gerai-gerai tepi jalan.
Projek bernilai RM250 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada 2017. -Sinar Harian