Setelah menyepi hampir enam bulan kerana melarikan diri ke Amerika
Syarikat bagi mengelak ditahan di bawah Akta Hasutan, penulis blog
kontroversi dan lucah, Alvin Tan sekali lagi mencetuskan api yang mampu membakar kemarahan umat Islam.
Terbaru, lelaki yang melarikan diri dari dakwaan di bawah Akta Hasutan itu bertindak lebih biadap apabila memperlekeh dan mempersenda azan
dengan cuba mengalunkan sendiri seruan masuknya waktu solat fardu umat
Islam itu mengikut cita rasa dirinya sendiri sambil bermain keyboard.
Dengan tidak memakai baju dan tertera salib Malta di bahu kirinya,
Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee memuat naik rakaman dirinya melaungkan "azan" menerusi laman sosial Facebook, Alvin Tan Yolo.
Rakaman yang disifatkan sangat kurang ajar tersebut bertajuk Muslim Call to Prayer – Azan (R&B cover), berdurasi selama 2 minit 50 saat dan dipercayai mula dimuat turun kira-kira pukul 6 pagi pada 21 April 2015, pagi tadi.
Sehingga pukul 4 petang tadi, rakaman tersebut telah ditonton hampir
40,000 kali dan dikongsi lebih 1,600 kali.
Lebih membuat umat Islam panas hati, Alvin
menulis kononnya proses rakaman dilakukan di Makkah, Arab Saudi.
Pada catatan untuk rakaman tersebut, dia turut menulis:
“Adakah anda sudah dapat dos Allahuakbar pada hari ini!? Ini ditujukan kepada hanya satu dan tuha maha benar, Allah s.w.t, salam ke atas Dirinya!“Dan tolonglah jangan menghina saya kerana lirik salah… Pertama, ini hanyalah rakaman permukaan, maka perubahan secara kreatif masih dibenarkan. Kedua, saya bukan jenis pengebom bunuh diri, betul tak.“Matlamat terbaharu saya untuk memastikan semua masjid di Malaysia memainkan rakaman ini berbanding mengalunkan suara bilal tua yang membingitkan mikrofon, dengan vokal hancur dan bunyi pecah.“Biarkanlah bilal ini berehat, lebih utama di alam fana.” tulis Alvin yang diakhiri dengan ungkapan takbir Allahuakbar! selain pautan hashtag kepada Islam Agama Perdamaian – di Makkah, Arab Saudi.(Have you had your dose of Allahuakbar for the day!? This is dedicated to the one and only true God, Allah s.w.t., peace be upon Him! And please don’t badger me about the wrong lyrics… First, this is a cover, so creative modification is permitted. Second, I ain’t a suicide bomber aight.My latest goal is to get all mosques in Malaysia to play my cover instead of having them old geezers hunched over the mics, straining their vocal chords and cracking their voices. Let them geezers rest already… preferably in eternal peace.
Pada Kedahnews.com, sudah terang lagi bersuluh, Alvin sememang jelas mahu menghina agama Islam dan mencetus huru-hara dalam keharmonian agama di negara kita.
Tujuan Alvin itu dapat dibuktikan dengan jelas menerusi komen-komen yang ditulis pengguna di laman itu bertindak mengkritik dirinya, namun dia begitu tegar menyerang balas seolah mahu memperlekehkan semula mereka. -Kedahnews.com
Tujuan Alvin itu dapat dibuktikan dengan jelas menerusi komen-komen yang ditulis pengguna di laman itu bertindak mengkritik dirinya, namun dia begitu tegar menyerang balas seolah mahu memperlekehkan semula mereka. -Kedahnews.com