Pulau-pulau di Lautan Hindi sememangnya diketahui umum cukup terkenal dengan keindahan laut berwarna biru yang bagaikan akuarium dan pasirnya yang berwarna putih bersih.
Namun siapa sangka, di lautan itu terdapat sebuah pulau larangan yang
telah diisytiharkan sebagai kawasan yang sangat berbahaya kepada para pengunjung yang diberi nama Pulau Sentinel Utara.
Pulau berbahaya ini diibaratkan ‘pantai syurga’ kerana tidak pernah dicemari. |
Hal ini kerana, sesiapa sahaja yang mendekati pulau yang dikenali
sebagai Pulau Sentinel Utara ini akan dibunuh, sama ada dipanah atau
dibaling batu.
Ini terbukti apabila pada tahun 2006, dua orang lelaki yang sedang
memancing berdekatan pulau itu dilaporkan dibunuh oleh penghuni pulau
itu.
Menurut laporan Daily Mail, pulau itu dikatakan didiami oleh suku kaum orang asli sejak 60,000 tahun lalu.
Malah, pihak berkuasa juga turut diserang dengan batu dan dipanah
oleh orang asli ketika melakukan tinjauan udara menggunakan helikopter.
Susulan itu, pihak berkuasa India, yakni negara yang memiliki pulau
itu mengeluarkan larangan bagi pihak luar agar tidak mendekati pulau
berkenaan sebagai langkah keselamatan.