Qatar Airways No.1 Paling Dipercayai, MAS Ke-16 Di Dunia


Syarikat Penerbangan Qatar atau Qatar Airways dinobatkan sebagai syarikat penerbangan premium antarabangsa paling dipercayai di dunia sekaligus mengalahkan kesemua pesaingnya.

Pemilihan Qatar Airways berdasarkan rangkaian pesawatnya yang moden, ketepatan masa dan caj tambahannya yang minimal berbanding syarikat penerbangan premium yang lain.

Penilaian menerusi laman web WanderBar itu turut mencatatkan Qatar Airways berjaya menerima markah penuh sebanyak 100 mata, seterusnya diikuti Emirates yang memperolehi 97 mata, manakala kedudukan ketiga adalah milik China Eastern yang juga mendapat 97 mata.

Dalam pada itu, meskipun dilanda konflik dalaman dan malapetaka yang melibatkan pesawatnya, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) terus kukuh menjadi pilihan ramai yang tersenarai di tangga ke-16 dunia.

Berikut di bawah adalah senarai penuh 22 buah syarikat penerbangan antarabangsa paling boleh dipercayai; -Kedahnews.com

1. Qatar Airways – 100 Mata
2. Emirates – 97
3. China Eastern – 97
4. Singapore Airlines – 96
5. China Southern Airlines – 93
6. Ethiopian Airlines – 92
7. Air China – 92
8. British Airways – 91
9. Saudia – 90
10. Cathay Pacific – 90
11. Lan – 88
12. Tam Airlines – 88
13. Japan Airlines – 87
14. Egyptair – 87
15. Eithad Airways – 86
16. Malaysia Airlines – 85
17. Southwest Airlines – 84
18. Qantas – 87
19. Aeroflot – 80
20. China Airlines – 80
21. Philippine Airlines – 80
22. Air Berlin – 79