DENNIS Lee Thian Poh, 47. |
Kuala Lumpur - Usaha mencari lelaki warga Malaysia, Dennis Lee Thian Poh berusia 47 tahun yang hilang ketika mendaki di kawasan pergunungan Pokhara, Nepal sejak Ahad lalu giat dijalankan pihak berkuasa di sana.
Mangsa hilang di kawasan Ghorepani berhampiran laluan Khopra Danda kira-kira jam 3 petang waktu tempatan (5.15 petang waktu Malaysia).
Pemangku Duta Besar Malaysia ke Nepal Fadli Adilah berkata, pihaknya menerima berita kehilangan mangsa pada Selasa lalu.
“Kita sudah berhubung dengan pihak berkaitan di Nepal termasuk agensi yang membawa rombongan delegasi itu, pasukan Polis Nepal di Kathmandu dan Pokhara dan beberapa agensi lain bagi membantu serta mengetahui situasi terkini proses pencarian berkenaan
“Sehingga kini, setelah hampir 90 jam, mangsa masih belum ditemui dan tiada sebarang bukti baru daripada pihak polis Nepal ataupun agensi berkaitan,” katanya.
Menurutnya, usaha mencari mangsa turut membabitkan anjing pengesan dan helikopter.
“Isteri mangsa, Jennifer Eileen Peters-Lee sudah tiba di Kathmandu malam tadi dari Kuala Lumpur, dan kini berada di lokasi kejadian.
“Pihak kedutaan akan terus memantau dan berusaha membantu sewajarnya, serta memaklumkan kelak sebarang status terkini,” katanya. -myMetro