KEPUTUSAN mengejut Rashid Sidek untuk meninggalkan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi kesan kepada moral Liew Daren
dan Chong Wei Feng apabila masing-masing tersingkir dalam pusingan
kelayakan Kejohanan Badminton Siri Premier Terbuka Malaysia, hari ini.
Dalam aksi hari ini, Daren tewas kepada Dionsysius Hayon Rumbaka dari Indonesia, 19- 21, 21-18, 16-21 manakala Wei Feng yang baru pulih dari kecederaan tunduk kepada pemain Denmark, Emil Holst 21-23, 21-9.

Daren ketika ditemui mengakui emosinya terganggu selepas mengetahui keputusan yang dibuat oleh jurulatihnya itu.
“Saya akui sangat terkejut kerana petang semalam (Isnin) dia ada
menelefon memberitahu bermula esok (hari ini) dia tidak lagi menjaga
saya.
“Ketika itu memang kecewa dan agak sedih juga kerana saya dan Wei Feng sudah lebih 10 tahun bersama dia," katanya selepas perlawanan.
Mengulas mengenai persembahannya hari ini, Daren mengakui beliau kurang beraksi cemerlang dan sedikit tertekan.
"Agak sedikit tertekan kerana dua lagi pemain BAM sudah tewas. Jadi saya cuba untuk menang, namun sebaliknya berlaku.
"Hayom ada kelebihan dari segi persiapan yang cukup kerana saya baru balik dari Poland dan tidak cukup masa untuk berlatih,” katanya.
Mengenai masa depannya bersama BAM, Daren memberitahu dia tidak ada perancangan untuk keluar dari persatuan tersebut kerana terdapat masih banyak kejohanan.
“Saya tidak fikir apa-apa lagi, masih lagi sayangkan pasukan negara," jelasnya.
Sementara itu, Wei Feng turut mengakui keputusan Rashid memberi kesan kepada emosi dan mental pemain.
“Memang keputusan Rashid menjejaskan moral pemain, saya sendiri merasainya sebab dah lama berlatih dengannya, saya masih terkejut, tapi itu bukan alasan saya tewas,” katanya. -Sinar Harian