Rosmah Pun Tak Terlepas Dari Siasatan - SPRM


ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menegaskan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga tidak terlepas daripada sebarang siasatan agensi pencegah rasuah itu.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam kenyataannya memberitahu bahawa antara siasatan yang dijalankan terhadap Rosmah adalah berkenaan dakwaan pembelian cincin RM24.4 juta pada 2011.

Menurut Abu Kassim, cincin yang didakwa dibeli oleh Rosmah sebenarnya memasuki Malaysia melalui Singapura dan Jabatan kastam mengesahkan bahawa ia kemudiannya dihantar semula ke sebuah syarikat barang kemas di New York.


Memetik sebuah media berbahasa Cina, SPRM memulakan siasatan satu jam selepas pihaknya menerima aduan pada pukul 2 petang, diikuti dengan panggilan telefon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

"Apa yang saya ingin katakan ialah...kita telah pun menyiasat isteri Perdana Menteri.

"Adakah anda fikir kita masih takut?" soalnya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ikrar untuk melawan rasuah bersama wakil rakyat Sabah.

Abu Kassim berkata, ini adalah kali pertama beliau mengakui secara terbuka dan berterus-terang berhubung siasatan yang pernah dijalankan terhadap terhadap Rosmah. -Kedahnews.com