KUALA NERANG - Hasrat kerajaan negeri untuk melihat setiap daerah
mempunyai rumah anak yatim memerlukan sokongan semua pihak, kata Menteri
Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa komited membantu individu, masyarakat atau badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin membuka rumah anak yatim sebagai satu daripada bukti kerajaan sentiasa menjaga kebajikan golongan itu.
Katanya, menjadi kewajipan bersama untuk mengasihi dan mementingkan kebajikan anak-anak yatim, termasuklah daripada sudut urusan persekolahan dan keselamatan.
Kata Mukhriz, kerajaan negeri dalam melaksanakan pembangunan negeri tidak pernah mengabaikan tanggungjawab untuk menjamin setiap golongan dalam masyarakat berpeluang menikmati limpahan pembangunan yang akan datang.
"Isu kebajikan sentiasa di tangga teratas dalam senarai keutamaan. Kita tidak mahu membiarkan wujudnya jurang sosioekonomi yang lebar antara masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Al Zainab di sini, hari ini.
Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Al Zainab itu mula beroperasi pada 1 Januari lepas dengan dua buah rumah, setiap satunya menempatkan enam buah bilik.
Ia dibina dengan kos keseluruhan RM250,000.
Sebelum itu, Mukhriz meminta orang ramai mencontohi inisiatif Yayasan Baitul Al Zainab dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim di sekitar Padang Terap. - Bernama