"Saya Akan Berhati-Hati Pilih Kawan” - Kaka Azraff

Rasanya, ramai peminat yang sudah dapat menghidu seolah wujud hubungan dingin di antara dua selebriti yang sebelum ini bersahabat baik, melibatkan pelakon sensasi Tasha Shilla dan penyanyi Kaka Azraff sejak beberapa bulan lalu.

Kononnya terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Kaka cuba untuk merampas bekas kekasih Tasha iaitu peninju Muay Thai, Hans Wong ketika hubungan pasangan terbabit bermasalah sebelum ini.

Gambar-Tasha-Shilla-Bersama-Kekasih-Bertatu-4

Namun, baik Tasha mahupun Kaka, kedua-duanya menafikan cerita tersebut dan mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai gosip berkenaan.

Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan di sebuah akhbar pada minggu lalu, pelakon drama bersiri Nasuha itu mendakwa Kaka pernah cuba mengambil kesempatan menggoda bekas teman lelakinya.

Malah, Kaka turut dikatakan sering berbalas mesej dengan Hans dan mengajaknya untuk keluar bersama.

Memang betul-betul panas kan tuduhan tersebut? Tetapi, adakah ia benar-benar berlaku dan apa pula komen dari pihak Kaka?

Kaka-Azraff-Anggap-Tuduhan-Tasha-Shilla-Melampau-ROTIKAYA20150421_2759

Di pihak pelantun lagu Bawaku Pergi itu pula, Kaka sememangnya terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Tasha dan menyifatkannya sebagai satu publisiti murahan.

“Saya tidak sangka Tasha menuduh saya sebegitu. Saya pernah berborak dengan Hans di satu majlis, tetapi kami berborak biasa sahaja.

“Selepas itu saya tidak pernah berhubung apatah lagi mahu berbalas mesej dengan kekasih dia. Bagi saya tuduhan Tasha terhadap saya itu melampau dan hanya mahu mencari publisiti murahan,” kata Kaka yang dipetik dari mStar.

Namun ujar Kaka yang nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 26, dia cuba memandang tuduhan tersebut dari sudut positif kerana ia memberi satu pengajaran kepadanya untuk berhati-hati dalam memilih kawan.

“Walaupun ia satu fitnah yang tidak boleh diterima akal, saya positifkan diri bahawa ia satu publisiti untuk menaikkan nama saya.

“Tambahan pula sekarang ini saya sibuk mempromosikan lagu Bukan Hal Aku. Dan yang penting, apabila isu ini timbul, ia memberi pengajaran besar buat diri saya agar berhati-hati memilih kawan,” katanya. -Kedahnews.com