VIDEO INSIDE: "Saya Harap Bersabarlah...10 Hari Saja Lagi" - Mukhriz Mahathir


ALOR SETAR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya membuka suara berhubung isu pendirian dan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegas beliau, Badan Perhubungan UMNO Negeri sepakat dan bersetuju untuk memutuskan pendirian dan sokongan terhadap Najib pada satu mesyuarat khas yang bakal berlangsung pada 24 April ini di ibu negara.

Katanya, sehingga tarikh itu, pihaknya mengambil sikap berdiam diri berhubung isu tersebut.

"Saya harap bersabarlah...10 hari saja lagi, bukannya lama sangat...

""Kita pertimbangkan pandangan semua pihak, perbincangan kita kemarin pun adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan, ada dikalangan mereka ahli Majlis Tertinggi, ada yang berjawatan kerajaan (Pusat), ada di peringat negeri, pandangan semua bernas-bernas belaka.

"Jadi itu kita tangguh dulu, kenyataan rasmi dari Kedah, saya rasa ada lagi satu-dua negeri yang belum buat kenyataan.

"Saya ingat tak salah kot...tak timbul keadaan di mana kita begitu tergesa-gesa untuk membuat sebarang kenyataan," tegasnya ketika menghadiri satu program yang diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kubang Pasu, pagi tadi.

Mukhriz menjelaskan berkenaan keputusan itu yang dicapai dalam satu mesyuarat yang dipengerusikannya semalam dan berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon, di sini.

Mengulas mengenai kenyataan Adun Bukit Lada yang mahu membuat satu kenyataan berasingan dari kepimpinan UMNO Negeri, Mukhriz mengingatkan tentang kepentingan perpaduan di kalangan penyokong parti dan susah payah ketika usaha merampas Kedah pada penggal lepas.

"Saya rasa bahawa kepimpinan UMNO di peringkat negeri ini akan buat sebarang kenyataan secara individu yang boleh menjejaskan..

"Kita sudah bekerja keras untuk menawan semula hati rakyat negeri Kedah, jadi kita takkan jejaskan keyakinan dan kepercayaan yang telah diberikan kepada kita oleh rakyat," tegas beliau lagi. -Kedahnews.com


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya membuka suara berhubung isu pendirian dan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=DGAv5KRPkloLagi cerita lanjut : http://www.kedahnews.com/2015/04/saya-harap-bersabarlah10-hari-saja-lagi.html
Posted by Kedahnews.com on Monday, April 13, 2015