Segmen Gosip Miss A: Fazura Buat Muzik Video Untuk Single Pertama Bulan Ni?


Rasanya, ramai lagi yang masih tak tahu pelakon jelita, Nur Fazura pernah mengeluarkan single pertama nyanyiannya berjudul ‘Sayangi Dirimu’..

Perghhhh..! Bukan hanya pandai berlakon, menyanyi pun pandai Fazura ni, kan?

Memang cukup pakej betul...dan Miss A tak dinafikan bait-bait lagu yang dinyanyikan Fazura mampu membina semangat diri seseorang bila mendengarnya..terutama Miss A sendiri.. huhuuuu...


Menerusi laman instagramnya baru-baru ini, Fazura telah memuat naik sebuah rakaman klip video pendek menampilkan dirinya dalam muzik video single, 'Sayangi Dirimu’..

Apa yang Miss A dengar, muzik video tu khabarnya akan dilancarkan pada April ini..dah tak lama dah tu... dalam bulan ni jugak!

Lagu ini juga dah menjadi muzik latar untuk rancangan reality pertama Fazura iaitu ‘Facing Up To Fazura’.. Echecheee... Tak sabar rasanya nak tengok muzik video penuh Sayangi Dirimu dari Fazura ini.. Mesti syok abisss! -Miss A/Kedahnews.com