Tu diaaaa...! Rupanya gosip Sharnaaz Ahmad dan kekasihnya Anis Al-idrus dah putus adalah tak benar.. Mereka ni masih lagi bersama.. So, sapa yang buat cerita bohong nih?
Lebih mengejutkan, hubungan mereka makin rapat sebab pasangan ni dikatakan dah jumpa keluarga masing-masing..
Sharnaaz sebenarnya dah lama jumpa family Anis, sebab bapa Anis ni duk kat Indonesia.. So dia nak tahu la dengan siapa anak dia berkawan.. Maklumlah risau jugak anak gadis sorang ni duk kat Malaysia..
Anis ni pula jumpa family Sharnaaz bila dia merancang nak buat sambutan hari jadi Sharnaaz pada tahun lalu..
"Keluarga saya berada di Indonesia kerana ayah saya bekerja di sana dan mereka ingin tahu dengan siapa daya berkawan agar mereka tidak bimbang saya berseorangan di sini (Malaysia).
"Saya juga sudah bertemu keluarga dia tahun lalu ketika itu saya menghubungi keluarga dia untuk membuat kejutan pada sambutan hari jadi dia," jelas Anis...
Miss A rasa, berkemungkinan besar pasangan ni dah laman bercinta, kan? Bila Sharnaaz nak meminang Anis ni.. Jangan tunggu lama-lama sangat nanti melepas pulak.. siapa yang merana? - Miss A/Kedahnews.com