Sempadan Wang Kelian Tidak Lagi Bebas Keluar Masuk

Wang Kelian
PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia mengumumkan bahawa Zon Aliran Bebas Wang Kelian di Pos Imigresen Wang Kelian, Perlis dilapor telah diberhentikan berkuat kuasa hari ini.

Memetik Bernama dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Imigresen memaklumkan semua warganegara Malaysia atau pelawat asing yang ingin keluar masuk sempadan melalui pos imigresen berkenaan, perlu mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Difahamkan bahawa penguatkuasaan itu adalah termasuk pas sempadan dan pasport, menurut kenyataan berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa warganegara Malaysia atau pelawat asing dikatakan bebas keluar masuk sempadan berkenaan.

Wang Kelian adalah merupakan antara lokasi tumpuan warga tempatan membeli belah dan warga Thailand turut menawarkan barangan dengan harga yang agak rendah berbanding pasaran. -Kedahnews.com