Senarai 10 Syarikat Pemaju Hartanah Terbaik Di Malaysia

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merasmikan Anugerah Pemaju Hartanah Berprestij 2015 di sini, malam tadi. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR - Sebanyak 10 syarikat telah tersenarai dan diiktiraf sebagai syarikat pemaju terbaik  di di negara ini bersempena majlis Anugerah Pemaju Berprestij Property Insight Malaysia 2015 yang berlangsung di ibu negara, semalam.

Anugerah 10 pemaju terbaik diraih oleh MKH Bhd, Gamuda Land Sdn Bhd, Glomac Bhd, IJM Land Bhd, Mah Sing Group Bhd, Sime Darby Property Bhd, Sunway Bhd, Tropicana Corporation Bhd, UEM Sunrise Bhd dan UOA Development Bhd.

Malaysia Building Society Bhd membolot anugerah Pembiaya Paling Inovatif manakala Datuk Jamaludin Osman daripada I&P Group menerima anugerah Personaliti Terbaik.

Memetik Bernama, majlis anugerah sulung yang berlangsung semalam itu adalah bagi mengiktiraf pembangunan berkualiti projek mercu tanda dan terbaik negara yang membentuk pembangunan Malaysia ke arah menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Sementara itu, Malaysia Building Society Bhd pula dilapor telah membolot anugerah Pembiaya Paling Inovatif, manakala Datuk Jamaludin Osman dari I&P Group pula telah menerima anugerah Personaliti Terbaik.

Anugerah ini dinilai berdasarkan kepada angka pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA), permodalan pasaran dan Nilai Pembangunan Kasar pemaju, bersama dengan nilai jenama dan kesedaran jenama seperti yang dipilih oleh Persatuan Pelabur Hartanah Malaysia (MPIA), pasukan pengarang Property Insight dan pembaca Property Insight.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang hadir merasmikan majlis berkenaan meminta supaya pihak pemaju di negara ini supaya berhati-hati  dengan langkah-langkah kos mereka bagi memastikan hartanah masih kekal menarik selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Katanya, sebagai pemaju yang bertanggungjawab, mereka seharusnya berusaha menangani masalah kepesatan pembangunan yang berlebihan agar harga rumah berada dalam jangkauan rakyat.

"Saya harap tanggungjawab sosial pemaju untuk terus membantu Kerajaan dalam mencapai kemajuan dengan menawarkan produk berkualiti dan mampu milik kepada rakyat akan diteruskan," kata Mohamed Nazri, semalam. -Kedahnews.com