Bidang tugas sebagai pramugari kapal terbang sudah tentu amat
mencabar dan memenatkan, namun tidak dinafikan merupakan satu kerjaya
yang penuh glamor.
Pramugari secara tidak langsung melambangkan imej syarikat penerbangan yang diwakili.
Mengetahui pengaruh para air hostess
ini terhadap penumpang, semakin banyak syarikat penerbangan yang mulai
menitikberatkan penampilan pelayan pesawatnya dengan mengambil kira
ketinggian, bentuk tubuh dan rupa mereka.
Dalam artikel ini, kami senaraikan sepuluh syarikat penerbangan antarabangsa dengan pramugari tercantik.
10. Virgin Atlantic
Berbaju sendat rona merah menyala dan ikatan skaf sutera penuh
bergaya, pramugari Virgin Atlantic sememangnya menarik perhatian sesiapa
sahaja yang melihat.
Dengan kecantikan bak pelakon Hollywood, krew
kabin Virgin Atlantic telah dinobatkan sebagai ‘Pramugari Paling
Menarik’ dalam sebuah tinjauan yang dibuat sekitar tahun 2001.
Kecantikan dan personaliti ceria pramugari Virgin Atlantic juga melayakkan mereka diberi jolokan“Red Hotties”.
9. Thai Airways International
Syarikat penerbangan rasmi negara Gajah Putih ini keberangkalian
mempunyai krew kabin paling prihatin di dunia. Pramugari Thai Airways
amat mengambil berat tentang penumpang bagi memastikan mereka dalam
keadaan selesa sepanjang penerbangan.
Thair Airways telah memenangi beberapa anugerah sebagai penghargaan
bagi layanan kelas pertama yang diberikan kepada penumpang. Bukan itu
sahaja, malah pakaian seragam ungu mereka juga sering disebut-sebut
sebagai antara uniform pramugari tercantik dalam dunia pernerbangan.
8. Lufthansa
Syarikat penerbangan Jerman popular ini tersenarai atas sebab yang
munasabah: oleh kerana pramugarinya datang daripada latar belakang dan
etnik yang berbeza.
Krew kabin Lufthansa juga merupakan antara yang tercantik di dunia,
di samping memberi layanan yang baik dan mesra kepada penumpangnya.
7. AirAsia
Sudah terang lagi bersuluh, AirAsia sememangnya mempunyai pramugari
paling memukau dalam dunia penerbangan kos rendah antarabangsa.
Pakaian seragam merah saga yang didondon pramugarinya pasti membuat
anda tak jemu memandang. Gadis-gadis cantik ini biasanya dilihat
mengorak langkah penuh elegan sambil menarik bagasi mereka; bersedia
untuk menawan langit biru dengan kejelitaan dan kemesraan mereka.
6. Emirates
Bersedialah untuk dilayan bak raja oleh para pramugari Emirates
apabila anda menaiki pesawatnya.
Tiada istilah diskriminasi dalam kamus
syarikat penerbangan yang berpangkalan di Abu Dhabi, Dubai, ini: para
krew kabin Emirates hadir daripada pelbagai bangsa, saiz dan rupa namun
keanggunan mereka tetap terserlah..
5. Cathay Pacific
Cathay Pacific dianggap sebagai salah sebuah syarikat penerbangan
terbaik di rantau Asia oleh kerana servis cemerlang yang diberikan
kepada penumpang, di samping telah memenangi beberapa anugerah
antarabangsa.
Seksi dan sofistikated dalam masa yang sama, Cathay Pacific wajar
berbangga dengan pakej lengkap krew kabinnya. Syarikat ini juga
menekankan kebolehan untuk memberi perkhidmatan kelas pertama sebagai
ciri utama dalam bakal pramugarinya.
4. Kingfisher Airlines
Kecantikan pramugari syarikat penerbangan nombor satu India ini
persis bintang Bollywood dan pasti menerujakan sesiapa sahaja yang
menaiki pesawatnya.
Walaupun kelihatan agak serupa dengan pakaian seragam Air Asia, namun
pramugari Kingfisher Airlines masih menyerlah dengan gaya individual
mereka.
3. Aeroflot Air
Walaupun Rusia dan fesyen mungkin satu kombinasi yang jarang diberi
perhatian, namun pramugari Aeroflot Airlines ini meninggalkan impresi
yang besar kepada penumpangnya.
Dengan topi kemas dan ikatan skaf di leher yang anggun, pramugari
Aeroflot telah dinamakan sebagai krew kabin paling bergaya menurut
tinjauan yang dibuat oleh laman web Skyscanner.
2. Singapore Airlines
Pramugari SIA bukan sahaja cantik, malah mudah mesra dengan
penumpangnya. Menggayakan kebaya sarung dengan corak batik, krew kabin
SIA mampu kelihatan glamor tanpa perlu usaha keras.
Kecantikan dan layanan istimewa yang diberikan oleh pramugari SIA ini
telah diberi penghargaan oleh beberapa majalah pelancongan dunia,
termasuklah jolokan ‘Servis Krew Kabin Terbaik Dunia’ olh
majalah Business Traveller Asia-Pacific Awards selama 17 tahun
berturut-turut.
1. Air France
Meskipun tempat duduk kelas ekonominya kurang selesa, namun Air
France berjaya menebus kesilapannya dengan menyediakan pramugari yang
jelita.
Dengan busana mewah hasil sentuhan Christian Lacroix, pramugari
syarikat penerbangan ini bisa membuatkan penumpangnya terpana dengan
gaya elegan mereka.
Sumber: www.bsaeronautics.com