ALOR SETAR - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal meminta kerajaan persekutuan khususnya
Kementerian Kewangan menjawab lagi persoalan yang diajukan mantan Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, penjelasan tersebut dijangka
mungkin bakal merungkaikan keraguan rakyat dan memuaskan hati Tun M sendiri, sekaligus meredakan
tekanan terhadap Putrajaya.
“Ini penting supaya apabila penjelasan
dapat dilakukan, kita dapat meyakinkan bukan hanya Tun Dr Mahathir,
tetapi juga rakyat.
“Di samping kita menunggu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC), adalah penting bagi sesiapa yang mempunyai
maklumat contohnya Kementerian Kewangan untuk memberi penerangan
terperinci berhubung isu yang dilontarkan, ” kata Shafie ketika majlis perasmian Program Jelajah Kempen Penambahan
Ahli Pergerakan Pemuda UMNO di Ipoh, semalam.
Tambah Shafie lagi, situasi yang melanda kedua-dua tokoh politik
tersebut tidak berkaitan dengan isu peribadi terutamanya pembatalan
projek jambatan bengkok antara Johor dan Singapura.
“Beliau bertanyakan banyak persoalan yang memerlukan penjelasan, jadi
amat penting bagi kita menjelaskan dengan terperinci, saya percaya
bukan sebab jambatan bengkok,” katanya. -Kedahnews.com