ALOR SETAR - DAP Kedah nekad untuk mendesak Lim Guan Eng untuk segera meletak jawatan yang disandangnya ekoran Setiausaha Agung DAP itu dilihat gagal menguruskan parti dengan baik dan efisien.
Setiausaha Organisasi DAP Kedah, Law Theng Hooi berkata, kegagalan itu menyebabkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggunakan akta pertubuhan untuk menolak dan tidak menerima keputusan pemilihan parti sebanyak dua kali pada 2012 dan 2013.
Beliau berkata, kekeliruan juga timbul di dalam parti apabila berlaku pertambahan lebih 120 cawangan baru di seluruh negara pada pemilihan 2013 yang masih menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli parti itu.
Menurutnya, isu berkenaan juga masih dalam siasatan ROS.
"Kekeliruan ini masih belum dijawab oleh Guan Eng," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Theng Hooi berkata, antara sebab Ketua Menteri Pulau Pinang itu dituntut meletak jawatan adalah berdasarkan sikap pilih kasih yang diamalkan beliau terhadap para pemimpin DAP.
Kata Theng Hooi, bekas Adun DAP Pulau Tikus, Koay Teng Hai telah digantung keahlian kerana tidak hadir pada sidang Dun Pulau Pinang ketika pembentangan usul lompat parti sehingga nyaris menggagalkan usul berkenaan.
"Apabila berlaku terhadap Guan Eng sendiri (tidak hadir) di Dewan Rakyat ketika pembentangan Akta Hasutan hukuman setimpal perlu diterima oleh Guan Eng sama seperti Teng Hai.
"Namun itu tidak pula berlaku. Jangan anggap disebabkan dirinya memegang jawatan tinggi dalam parti boleh mengelak dari dikenakan tindakan disiplin," tegasnya dalam kenyataan tersebut mendedahkan sikap sebenar Guan Eng.
Justeru itu Theng Hooi menegaskan bahawa jawatankuasa disiplin DAP perlu bertindak tegas dengan mengambil tindakan ke atas Guan Eng kerana kecuaian itu sebagaimana yang dilakukan terhadap Teng Hai. -Kedahnews.com