ALOR SETAR - Bau minyak mahu pun bunyi bingit enjin kereta langsung
tidak menghalang pelanggan berkunjung ke Speed Tyre Shop, di Jalan
Putra, dekat sini, untuk menjamu selera.
Tidak dianggap pelik, sebaliknya, konsep kafe dalam pusat servis kenderaan diterima kerana memiliki daya tarikan tersendiri, sekali gus memikat hati pelanggan.
Salah seorang pemiliknya, Mohd Majdi Mohd Ramlee, 31, berkata, dia dan rakan-rakannya cuba mewujudkan 'one stop centre' yang menyediakan perkhidmatan berkaitan tayar kepada pelanggan.
“Disebabkan itu, tercetus idea mewujudkan sebuah kafe dalam pusat servis kenderaan yang tiada di lokasi lain bagi kemudahan pelanggan terutamanya yang sudah berkeluarga berkunjung ke situ.
“Melalui analisa kami, kebanyakan pelanggan berkeluarga terpaksa menghantar isteri mereka, sebagai contoh ke mana-mana destinasi dahulu kerana enggan menunggu lama dalam keadaan bengkel berbau,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, mereka bukan hanya dapat menunggu dalam keadaan selesa malah boleh menjamah makanan dengan adanya kafe dalam pusat servis kenderaan itu.
Walaupun konsep sebegini agak baharu, katanya, namun ia langsung tidak menjadi halangan pelanggan ke pusat servis mereka.
Apatah lagi, katanya, pihaknya menyediakan ruang dalam dan luar kafe mengikut keselesaan ataupun permintaan pelanggan tersebut.
Jadi, ketika menunggu kenderaan masing-masing sedang dicuci, katanya, pelanggan bolehlah menjamu hidangan seperti makanan barat di kafe itu.
Hampir putus asa
Pada asalnya, pusat servis kenderaan berkenaan diasaskan usahawan muda, Solahuddin Mustafa bersama isteri sebelum dua rakan mereka, termasuk dia dan Mohamad Yazi Ab Rahman turut serta.
Solahudin berkata, dia hanya membuat perniagaan berkaitan tayar sebelum ini dan timbul idea menyertai bidang baharu seperti kafe dan beberapa cabang lain.
Menurutnya, seawal usia 17 tahun dan tanpa sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan, dia mengusahakan kedai mencuci kenderaan secara kecil-kecilan di Kubang Rotan.
Kini, katanya, dia bersyukur dapat berada di tahap sekarang selepas mengharungi beberapa dugaan, seperti tidak cukup modal sehingga hampir membuatkan dia berputus asa.
Oleh demikian, katanya, dia menasihatkan mana-mana individu berfikir positif dan menjadikan halangan sebagai pembakar semangat untuk berjaya dalam bidang berkaitan pusat servis sedemikian.
Dalam pada itu, katanya, pelbagai perkhidmatan ditawarkan, antaranya seperti servis kenderaan dan menukar tayar baru, selain dari kafe dalam bengkel kenderaan itu.
Dibantu kira-kira 25 kakitangan, katanya, dia yakin mereka mampu melayan pelanggan sebaiknya tak kira sama ada dari segi makanan, menukar tayar ataupun cuci kereta.
Katanya, mereka membuka premis berkenaan seawal jam 9 pagi hingga 6.30 petang setiap hari kecuali pada hari Jumaat. -Sinar Harian