STESEN Southern Cross Railway Melbourne dibuka pada 1859 namun diperbaharui pada 2005 dengan bumbungnya menjadi ciri unik yang membolehkan asap kotor dikeluarkan dari bangunan itu. |
Sambil berlari mengejar kereta api, apa kata anda berhenti seketika dan lihat sekeliling mungkin pemandangannya lebih indah daripada dijangka.
Walaupun tidak kurang terminal kereta api yang sekadar menjadi bangunan untuk menghubungkan perjalanan kita, percaya atau tidak wujud juga beberapa stesen di seluruh dunia yang mempunyai kecantikan dan keunikan tersendiri, malah tidak kurang juga yang direka arkitek terkenal.
STESEN Kanazawa menimbulkan kemarahan penduduk kerana terlalu berbeza dengan bangunan lain di bandar bersejarah itu. |
Mungkin juga ada sedikit ironi apabila bangunan ini yang kini dianggap mercu tanda di tempat dibina ada yang pernah dianggap menyakitkan mata atau sekadar pembaziran ketika pertama kali dibuka.
Antaranya Stesen Antwerpen-Centraal di Antwerp, Belgium, yang menggunakan 20 jenis batu marmar dan batu selain menggabungkan pelbagai gaya seni bina serta Stesen Kanazawa di Ishikawa, Jepun yang menimbulkan kemarahan penduduk tempatan ketika dibuka pada 2005.
STESEN King’s Cross di London dibuka pada 1852 dan kini lebih moden selepas menjalani pengubahsuaian. |
Banyak stesen kereta api bersejarah juga dinaik taraf dan diperbaharui sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan menggabungkan gaya rekaan baru lama sesuatu yang paling jelas dapat dilihat di stesen Gare de Strasbourg di Perancis.
Bangunan yang dibina pada 1880-an itu kini ditutupi kaca.
Dari stesen kereta api moden di Lisbon dan London sehinggalah yang meÂngekalkan keindahan sejarahnya seperti di Mumbai dan Kuala Lumpur, berikut ialah antara yang paling cantik dan unik di seluruh dunia.
Sumber: myMetro